Saturday, July 24, 2010

PROGRAM HARI KELUARGA KPPK PERAK 2010

Hadiah Cabutan Bertuah
Berehat selepas acara sukaneka
Acara terbuka kanak- kanak pra sekolah
Acara kanak- kanak

Bersama Presiden KPPK

  • Program Hari Keluarga KPPK Negeri Perak telah diadakan di Padang Astaka, Sitiawan.
  • Perasmian oleh Presiden KPPK Lt.Kdr(B) Hashim Adnan

BAGAIMANA KITA MENYAMBUT RAMADHAN







Nota : Aktiviti Kokurikulum dalam bulan Ramadhan ini ditangguhkan. Marilah kita bersama- sama merebut peluang dan tawaran Allah S.W.T. melipatgandakan amalan kita.
Pesanan daripada : Guru Kanan Kokurikulum dan Guru Pendidikan Islam

Friday, July 23, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM KEDUA





Perhimpunan Kokurikulum Bulanan Kedua dikendalikan oleh Persatuan Bahasa SK Lumut.

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM






Perhimpunan Bulanan Kokurikulm diadakan setiap hari Isnin minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini melibatkan persatuan dan unit unit uniform.

Thursday, July 22, 2010

KURSUS KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN SK LUMUT











Jawatankuasa Kokurikulum SK Lumut telah mengadakan kursus kepimpinan pada Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti kursus yang julung kali diadakan di peringkat sekolah. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh penceramah motivasi Encik Mahadi Rosli Zamri, Penolong Kanan Kokurikulum SK Methodist ACS Lumut.

Harapan kami agar para pelajar dapat menghayati dan mengamalkan petua- petua kecemerlangan dalam kehidupan seharian.

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010






Temasya Sukan Olahraga Tahunan SK Lumut telah diadakan pada 6 Februari 2010 yang lalu. Perasmian oleh YDP PIBG, Tuan Haji Nor Ashikin b Hj Rahmat. Program itu berjalan dengan meriah dan lancar.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan temasya kali ini.

Wednesday, July 21, 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ



Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.