Monday, June 20, 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2011






Sekolah Kebangsaan Lumut telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke- 29 pada 16 Jun 2011. Temasya kali ini bermula jam 2.00 petang dan berkahir pada jam 5.30 petang.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh wakil YB Dato Seri Kong Choo Ha tepat jam 2.45 petang. Beliau telah melakukan acara gimik perasmian iaitu memecahkan belon- belon kejohanan.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga agak ramai pada petang itu. Pihak sekolah telah bermurah hati untuk mengadakan cabutan bertuah kepada para ibu bapa dan penjaga serta guru- guru.

Harapan pihak sekolah agar kejohanan pada tahun hadapan lebih meriah lagi.

Saturday, May 28, 2011

PUASA

2.2.7. Ibadah puasa Ramadan

Syarat-syarat Wajib Puasa:
Orang-orang yang wajib mengerja-kan puasa Ramadan adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Sudah cukup umur (baligh)
  • Berakal; orang gila tidak wajib
  • Berdaya mengerjakannya
  • Bermukim (tinggal tetap dalam negeri)

Syarat-syarat Sah Puasa:
Seseorang yang ingin mengerjakan puasa sama ada puasa Ramadan atau puasa-puasa sunat mestilah melengkapi syarat-syarat yang berikut:

  • Beragama Islam
  • Berakal bukan gila
  • Mumaiyiz (Kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan buruk iaitu berumur di antara 6 dan 7 tahun)
  • Suci dari haidh, nifas dan wiladah bagi orang-orang perempuan
  • Hari-hari yang dibolehkan berpuasa padanya. Hari-hari yang dilarang berpuasa ialah:
  • 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri);
  • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha);
  • 11, 12, 13 Zulhijjah;
  • 30 Syaaban.

RUKUN PUASA:

a) Niat Puasa

b) Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa :

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa
  • Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa
  • Mengeluarkan air mani
  • Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari
  • Kedatangan haidh, nifas atau wiladah
  • Menjadi gila
  • Pitam sepanjang hari
  • Mabuk sepanjang hari
  • Murtad iaitu keluar dari agama Islam

SUNAT PUASA
Makan sahur walaupun sedikit. Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah saw telah bersabda: “Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari.”

  • Melambatkan makan sahur, tetapi janganlah hingga terbit fajar Riwayat dari Abi Dzar ujarnya: “Sentiasalah umatku dalam kebajikan selama mereka melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka.”
  • Menyegerakan berbuka puasa Abi Zar meriwayatkan: “Bahawa Nabi saw pernah bersabda: Umatku akan tetap segar-bugar, selama mereka melambatkan makan sahur dan berbuka dengan segera.”
  • Berbuka dengan buah tamar atau air sejuk Diriwayatkan dari Annas: “Rasulullah saw berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air.”

MAKRUH PUASA
Merasa makanan dengan lidah Bergurau senda dengan isteri Menggosok gigi selepas tergelincir matahari Berkumur-kumur berlebihan Mengulum sesuatu benda